Categories
NASIONAL

Nak rakyat miliki rumah, tawarlah harga munasabah

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 10 NOV : Harga rumah yang semakin tinggi mengekang hasrat rakyat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata tawaran harga rumah pada masa kini tidak munasabah dan berada di luar kemampuan rakyat.

Katanya, kajian Khazanah Research Institute juga menunjukkan harga kediaman kini empat kali ganda berbanding pendapatan tahunan rakyat.

FOMCA“Jika kerajaan mahu rakyat beli rumah ditawarkan, maka harganya perlu mampu milik.

“Kemampuan rakyat secara purata adalah kediaman bawah RM300,000 seunit, jadi itu yang perlu disediakan kerana tidak semua berkemampuan,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas harga perumahan rakyat 1Malaysia (PR1MA), Yusof berkata, ia juga berada di luar kemampuan penyebab kecenderungan rakyat memiliki kediaman sendiri berkurangan.

“Rumah PR1MA terlalu mahal hingga rakyat tidak mampu sedangkan tanggungjawab kerajaan adalah membina rumah untuk keselesaan rakyat tanpa mengira pendapatan,” katanya.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (1)Justeru, beliau menyarankan Kerajaan Persekutuan mencontohi Selangor yang membina rumah mampu milik atau Rumah Selangorku pada harga serendah RM42,000 seunit.

Katanya, langkah itu amat dialu-alukan terutamannya buat golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan.

“Kerajaan Negeri juga ada tanggungjawab untuk membolehkan rakyat memiliki rumah sendiri, apatah lagi seperti Selangor yang memiliki bank tanah luas,” katanya.

Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan kediaman yang dijual di negara ini tidak mendapat sambutan ekoran harganya yang terlalu tinggi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.