Categories
SELANGOR

MB: Enam bulan berlalu, Persekutuan belum respon pengecualian GST PBT

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 10 NOV: Kerajaan Negeri belum menerima jawapan Kerajaan Persekutuan berhubung permohonan pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata gesaan Kerajaan Negeri supaya pelaksanaan GST dikaji semula ekoran kelembapan ekonomi turut dipandang sepi Kerajaan Barisan Nasional (BN) itu.

Azmin-Rakyat“Belum ada maklum balas positif dan nampak gayanya seperti dijangka, mereka tidak bersetuju cadangan itu tetapi belum ada jawapan bertulis.

“Kita juga mendesak GST dikaji semula dalam keadaan kelembapan ekonomi ini tetapi ini tidak berlaku dan sudah tentu hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat pengecualian ini tetapi tidak mendapat perhatian,” kata Mohamed Azmin kepada Selangor Kini.

Mohamed Azmin dalam satu kenyataannya pada Mei lalu berkata Kerajaan Negeri menghantar surat kepada Kementerian Kewangan bagi memohon pengecualian GST dilaksanakan di peringkat PBT.

Jelasnya, langkah itu diambil ekoran keputusan dibuat dalam Mesyuarat Exco sebelumnya bagi mendapat pertimbangan Kementerian Kewangan sebelum diselaraskan di 12 PBT di Selangor.

“Maka kita akan membantu rakyat Selangor terkesan dengan pelaksanaan GST ini dengan inisiatif lain yang kita umumkan dalam Belanjawan Selangor 2016.

“Saya gembira belanjawan ini mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri dan sekarang kita tumpu soal pelaksanaan untuk menjayakan belanjawan ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.