Categories
NASIONAL

NOW: Fungsi YaPEIM makin mengelirukan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 NOV: Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir membidas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa kursus kahwin Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Paris bagi memerangi gejala lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender.

Melalui status yang dimuat naik di laman Facebook, beliau mempersoalkan fungsi yayasan berkenaan yang disifatkannya makin mengelirukan.

NOW AKMAL“Buat kursus kahwin di Paris guna duit YaPEIM untuk atasi LGBT? Apa fungsi yayasan ni? Makin keliru,” katanya.

Memetik laporan portal The Malaysian Insider, Asyraf Wajdi mempertahankan perbelanjaan yayasan berkenaan untuk program kursus kahwin bernilai hampir RM290,000.

Katanya, yayasan itu tidak mempunyai sebarang isu penyelewengan sebaliknya menjadi perhatian kerana persepsi negatif sesetengah pihak.

Asyraf Wajdi berkata, perkara itu dapat dilihat berdasar laporan audit agensi itu yang tidak menunjukkan sebarang unsur penyelewengan.

yapeim mengelirukanBeliau menegaskan, menteri tidak mempunyai sebarang kuasa dalam soal operasi YaPEIM kerana semuanya tertakluk kepada pengurusan dan lembaga pemegang amanah agensi itu.

Akmal dalam satu sidang media pada 13 November lalu mendakwa lawatan Jamil Khir bersama rombongan ke Amerika Syarikat dengan perbelanjaan RM410,978 dan dibayar YaPEIM.

Memetik invois yang dibilkan kepada Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yang diperolehnya, beliau mendakwa lawatan ke Washington DC, Iowa dan Minnesota daripada 21 hingga 29 Mei 2014 itu membabitkan aktiviti golf dan kunjungan ke pusat membeli-belah.

Jamil Khir dalam reaksi balas mendesak Akmal meminta maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang kerana mengaitkan beliau dengan dakwaan salah guna wang yayasan kebajikan.

Sehingga kini, Akmal bertegas dengan pendirian untuk tidak memohon maaf sebaliknya bakal berdepan saman ganti rugi atas fitnah dan tuduhan jahat berjumlah RM10 juta.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.