Categories
SELANGOR

PEKA: Berbaloi Selangor tumpu agenda hijau

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 NOV: Inisiatif Kerajaan Negeri memperuntukkan jutaan ringgit untuk pembangunan hijau dan alam sekitar wajar dijadikan contoh ikutan Kerajaan Persekutuan dan negeri lain.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, berkata usaha menjadikan alam sekitar sebagai agenda utama dalam pentadbiran penting untuk pembangunan berkualiti.

Sungai Klang“Tahniah saya ucapkan atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

“PEKA berharap inisiatif ini membantu Kerajaan Negeri untuk berusaha lebih serius dalam penjagaan alam sekitar,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 30 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan peruntukan RM15 juta bagi menjayakan fasa kajian komprehensif pembangunan Sungai Klang selain RM40 juta bagi pembangunan Taman Rakyat.

Sabrina berkata, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sungai seharusnya bermula daripada hulu sungai di banjaran bagi menjamin penjagaan optimum.

“Tiada guna belanja berjuta ringgit untuk pembersihan sungai jika kawasan hulu tidak dipelihara kerana kawasan ini paling penting dan jangan ada pembangunan di situ.

“Kerajaan Negeri juga perlu pastikan sisa pembuangan kawasan perumahan atau perindustrian tidak dibuang ke dalam sungai,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.