Categories
SELANGOR

Penduduk Petaling Jaya dipuji komited banteras sampah haram

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 NOV: Penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dipuji ekoran sikap komited membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) menyalurkan maklumat pelupusan sampah haram.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata masalah sampah haram masih menjadi masalah di kebanyakan kawasan antaranya pusat komersil, industri dan perumahan.

MBPJ“Atas tanggungjawab bersama daripada masyarakat yang tidak putus salur maklumat, isu sampah haram kini semakin berkurangan.

“Tanpa tawaran ganjaran juga kita tetap terima maklumat yang banyak daripada penduduk Petaling Jaya,” katanya.

Walaubagaimanapun, katanya, anggota MBPJ tetap ditugaskan untuk sentiasa membuat pantauan dan bertindak segera jika menerima sebarang maklumat.

“Kita meletakkan beberapa anggota untuk bersedia dan mengawal di beberapa kawasan hotspot pembuangan sampah haram.

“Kita juga meneruskan kempen kerana ia bukan sahaja tugas PBT malahan untuk semua masyarakat dalam memberikan kerjasama,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.