Categories
SELANGOR

Selangor komited bangun taman industri hijau

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 NOV: Program Penghijauan Taman Industri giat dijalankan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga disamping mengurangkan keadar pelepasan karbon di kawasan berkenaan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata program dibawah Pelan Tindakan Teknologi Hijau Selangor 2015 – 2018 itu membabitkan semua taman industri di Selangor.

Elizzabeth Wong“Program ini membabitkan empat komponen utama iaitu kecekapan tenaga, pengurusan sumber air terpakai, simbiosis sisa industri dan sistem penuaian air hujan.

“Ia membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Pengurusan Taman Perindustrian,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Menjawab pertanyaan lisan Khasim Abdul Aziz (PAS-Lembah Jaya), beliau berkata, Industrial Part Management Committee (IPMC) dilantik sebagai penyelaras yang bertanggungjawab melaporkan kemajuan program kepada Kerajaan Negeri.

“Program ini guna kaedah Simbiosis Industri supaya dapat bantu industi dalam pelbagai sektor untuk menggunakan semula bahan tidak terpakai.

“Kaedah ini juga bertujuan mengalihkan beban sisa daripada tapak pelupusan dan menjadi hasil keuntungan syarikat melalui pengurangan kos pelupusan,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.