Categories
SELANGOR

Semakin sesak, bina blok baru bangunan SUK

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 11 NOV: Kerajaan Negeri disaran mempertimbangkan menaiktaraf termasuk membina blok baru Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), kata Dr Yaakob Sapari (KEADILAN-Kota Anggerik).

Beliau berkata, hal itu berikutan beberapa kemudahan atau bahagian di bangunan terbabit semakin sesak termasuk kawasan parkir dan pejabat Exco.

yaakob sapari“Lifnya hampir macam di rumah kos rendah, parkir Adun semakin sesak. Bila saya tengok pejabat Exco belia pula tak sepertinya.

“Saya cadangkan Kerajaan Negeri timbangkan untuk bina bangunan baru kerana dah sampai masanya ada parkir bertingkat,” katanya ketika membahaskan usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2016 pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Bangunan SUK di Shah Alam yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor mula dibina pada 1977.

Selain menempatkan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), pusat pentadbiran itu turut menempatkan bangunan DNS, Annex dan Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.