Categories
SELANGOR

Selangor komited naik taraf jalan pangsapuri kos rendah

Oleh: SYASYA SUFIAN

Shah Alam, 5 NOV: Kerajaan Negeri dalam usaha mendapatkan kelulusan bagi membolehkan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) membuat penyelenggaran jalan di kawasan pangsapuri kos rendah.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata Kerajaan Negeri sedang meneliti kaedah dan sistem bersesuaian kerana kawasan di perumahan itu tergolong dalam taksir harta dibawah tanggungjawab badan pengurusan bersama (JMB).

zaidy“Kita tidak boleh guna peruntukan MARRIS. Ia tidak diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana terikat dengan garis panduan Kementerian Kewangan.

“Oleh demikian, kita membentangkan hasrat dalam mensyuarat Majlis Kewangan Negara pada Jun 2015 untuk diambil tindakan,” katanya di sidang Dewan Negeri pagi ini.

Zaidy berkata, Kerajaan Negeri sudah mendapat maklumat dari semua PBT berhubung senarai kawasan pangsapuri kos rendah yang perlu pembaikan jalan.

“Maklumat diterima akan dijadikan asas ketelitian sebagai usaha membantu membentangkan kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan peruntukan penyelenggaraan,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.