Categories
SELANGOR

Simpan air secukupnya, gangguan bekalan di Hulu Langat 14 November

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 NOV: Beberapa kawasan sekitar Hulu Langat berdepan gangguan bekalan air berjadual selama tiga hari bermula 10 pagi pada 14 November hingga 10 malam 17 November ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menerusi kenyataan berkata, gangguan terbabit berikutan kerja penggantian dan pembaikan pam di Loji Pembersihan Air Sungai Langat.

Syabas menasihatkan orang ramai membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum Sabtu ini untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan.

GANGGUAN BEKALAN AIR“Kawasan terbabit ialah Taman Kota Cheras, Taman Orkid, Taman Rasa Sayang, Taman Sri Aman, Taman Cheras Mas, Taman Lagenda Mas 1 dan 2, Taman Tun Perak, Taman Tanming Jaya dan Taman Putra Budiman.

“Kawasan lain ialah Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, Jade Hill, Taman Sri Timah, Taman Sungai Besi Indah 1 dan 2, Taman Harmoni Indah, Taman Bukit Belimbing dan Taman Juara Jaya,” menurut kenyataan itu.

Syabas memaklumkan usaha menyiapkan kerja pembaikan dan penggantian dengan secepat mungkin.

Pengguna memerlukan maklumat berhubung kerja berjadual itu boleh memuat turun aplikasi sistem mySyabas melalui Google Playstore dan Appstore, melayari laman sesawang Syabas iaitu www.syabas.com.my atau menerusi laman rasmi Facebook atau Twitter Syabas dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.