Categories
SELANGOR

SK Seksyen 20 juara Piala Raja Muda Selangor

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 6 NOV: Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 20 Shah Alam berjaya merangkul kejuaraan Piala Raja Muda Selangor kali kelapan selepas menewaskan SK Seksyen 24, 2-1 di padang SUK, Shah Alam, semalam.

Gol kemenangan dijaringkan Muhammad Faiz Amer Runnizar pada separuh masa pertama dan Muhamad Fareez Iqhmal Nazarudin pada masa kedua.

Selaku juara, SK Seksyen 20 membawa pulang wang tunai RM4,000 termasuk piala pusingan, piala iringan, pingat dan sijil penyertaan.

Piala Raja Muda SelangorManakala naib juara menerima RM3,000 berserta pingat dan sijil.

Menurut jurulatih SK Seksyen 20, Noor Azman Hashim, berkata pencapaian itu membuahkan hasil selepas kali terakhir bergelar juara lima tahun lalu.

“Syabas dan tahniah kepada semua pemain yang telah memberikan perlawanan yang terbaik.

“Saya gembira dan berpuas hati di atas kemenangan tahun ini selepas kali terakhir kami menjuari perlawanan pada 2010,” katanya.

Majlis penyerahan hadiah disempurnakan Tengku Panglima Diraja Selangor, YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Turut hadir menyaksikan perlawan akhir Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Piala Raja Muda Selangor, Datuk Emran Kadir dan Pengerusi Perangsang Selangor, YM Raja Datuk Idris Raja Kamarudin.

Sementara itu, perlawanan penentuan bagi tempat ketiga dan keempat, dimenangi SK Puchong Perdana menumpaskan SK Taman Alam Megah 2-0 dengan masing-masing membawa pulang pingat dan wang tunai RM2,000 dan RM1,000 berserta sijil.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.