Categories
SELANGOR

Tak pilih kasih, balai raya DUN pembangkang dibaiki

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 NOV: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi jaminan kepada Adun pembangkang bahawa Kerajaan Negeri akan berlaku adil kepada semua pihak termasuk kepada kawasan yang dimenangi mereka dalam pilihan raya lalu.

Beliau berkata, ia ekoran semua rakyat wajar mendapat pembelaan dan diberi peluang menikmati kemudahan yang diberikan Kerajaan Negeri di Selangor.

“Sebelum ini dah dinyatakan dalam belanjawan, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan tinggi untuk baiki sebahagian besar balai raya di Selangor termasuk kawasan pembangkang.

IMG_5864“Saya beri jaminan balai raya di kawasan Air Tawar juga akan diberi perhatian,” kata Mohamed Azmin ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Kamarol Zaki Abdul Malik (BN-Air Tawar) yang meminta Kerajaan Negeri memberi perhatian terhadap kemudahan balai raya di kawasannya.

Sebelum ini, Exco Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi ketika menggulung perbahasan Belanjawan Selangor 2016, berkata Kerajaan Negeri membelanjakan RM4 juta sepanjang tahun ini bagi membaiki 76 balai raya untuk memastikan keselesaaan masyarakat luar bandar di Selangor.

Beliau berkata, usaha memberi kemudahan untuk masyarakat di luar bandar terus dipertingkatkan pada 2016 dengan pelbagai peruntukan yang disebut Mohamed Azmin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.