Categories
SELANGOR

Teng: Selangor kekal stabil, tiada keperluan keluar kerajaan

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 NOV: Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana parti keluar daripada kerajaan dalam keadaan pentadbiran Selangor kekal stabil.

Katanya, hujah perwakilan DAP dalam konvensyen minggu lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk berbuat demikian kerana ketiga-tiga parti masih terikat dengan janji manifesto PRU-13.

IMG_5874“Saya dah kata, untuk menguruskan keadaan sekarang di Selangor, kita memerlukan kematangan politik dan menggunakan cara pragmatik.

“Kita sudah berjanji jika memerintah untuk tempoh lagi lima tahun, inilah program-program akan kita lakukan,” katanya.

Chang Khim berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong, yang mendesak Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memecat wakil PAS Selangor atau DAP mengambil tindakan keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri.

Grafik-Selangor-PakatanJelasnya, Kerajaan Negeri sedia ada masih mendapat mandat rakyat dan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menjadi hasrat rakyat.

“Dalam keadaan kerajaan dan negeri masih ditadbir dengan baik, keadaan politik masih stabil serta keyakinan terhadap kerajaan masih kuat maka tiada sebab munasabah melakukan sesuatu yang mendadak,” ujarnya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.