Categories
SELANGOR

Tourism Selangor ke Indonesia promosi produk pelancongan

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 NOV: Tourism Selangor menjalin kerjasama dengan Kementerian Pariwisata, Tourism Indonesia dalam usaha mempromosi Selangor sebagai tempat pelancongan yang perlu diterokai.

Bertempat di Batam View Resort, hubungan perniagaan itu dilakukan melalui diskusi B2B ‘Table Top’ tiga hari dua malam, baru-baru ini.

TOURISM - INDONESIAProgram diketuai Timbalan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Gan Pei Nei dan Pengurus Besar Tourism, Noorul Ashikin Mohd Din.

Ia juga disertai 17 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, hotel, pengendali kesihatan dan pendidikan di Selangor (pembekal)untuk dihubungkan bersama dengan persatuan industri pelancongan dari Indonesia (pembeli).

Manakala dari Indonesia, seramai 200 ahli perniagaan Aceh, Sumatra Barat, Pulau Riau, Jakarta, Jawa Barat, Sumatra Selatan dan Banten menyertai program itu.

TOURISM SELANGORSetiap peserta diberikan satu slot pembentangan selama 5 minit untuk disampaikan kepada agensi pelancongan di program tersebut.

Dianjurkan oleh Tourism Selangor, program ini turut menghimpunkan ejen industri pelancongan seperti penerbangan, hotel dan tempat peranginan, golf, institusi pendidikan tinggi, media cetak dan elektronik serta Lembaga Pelancongan Batam.

Pei Nei berkata, Industri Pelancongan Selangor mempunyai banyak potensi dalam pembangunan dan boleh diterokai secara lebih jauh.

Katanya, seiring usaha Selangor menjadikan industri pelancongan aktif dan berkembang maju, Tourism Selangor menyokong semua usaha peserta industri tempatan untuk membangunkan produk menarik.

Gan pei nie“Tourism Selangor menyediakan tiga sesi perniagaan termasuk sesi ‘Government to Government (G to G) Table Talk’ bersama Tourism Indonesia dan Kementerian Pariwisata mengenai hala tuju dan matlamat pelancongan antara dua negeri,” katanya.

Sementara itu, Noorul Ashikin berkata Tourism Selangor berusaha keras mempromosikan Eko, Sukan dan Warisan Selangor dalam dan luar negara.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.