Categories
SELANGOR

 Rakyat minta Karnival GeMS diperluas

 

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 DIS: Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) membawa manfaat kepada masyarakat dan perlu diteruskan pada masa hadapan dengan pelbagai pengisian bermakna.

Mohd Nizam Hussain, 31, dari Klang, berkata langkah Kerajaan Negeri menganjurkannya secara santai dipuji kerana rakyat khususnya golongan muda beroleh kebaikan menerusi aktiviti disertai dalam program berkenaan.

mohdnizam“Rakyat mendapat pelbagai informasi berguna melalui jabatan dan agensi terbabit dalam karnival ini selain mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat.

“Aktiviti dijalankan juga bersesuaian dengan semua peringkat usia khususnya anak muda,” katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui di Karnival Jelajah GeMS Daerah Petaling di sini, hari ini.

Abdullah Rahman, 58, dari Hulu Selangor, berkata dengan penganjuran karnival itu, ia mampu menarik minat orang ramai di sesuatu daerah untuk hadir dan menyertai aktiviti dijalankan.

abdullah“Dengan cara ini akan dapat mewujudkan masyarakat aktif di Selangor terutama belia.

“Ia sebegini elok diteruskan kerana membawa banyak faedah kepada umum,” katanya.

Begitu juga Amir Arshad, 42, dari Shah Alam melihat karnival terbabit boleh menjadi landasan melahirkan generasi berkualiti pada masa hadapan.

“Konsep penyampaian informasi dan hiburan secara santai amat sesuai bagi menarik minat masyarakat. Kita perlu perbanyakkan program seperti ini supaya anak muda tidak membazirkan masa,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.