Categories
SELANGOR

Akhir Piala Malaysia: Pemain tekad tumbangkan Kedah

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 7 DIS: Peluang beraksi di perlawanan akhir Piala Malaysia tidak akan dipersiakan Nazmi Faiz untuk mencipta kejayaan bersama Selangor.

Pemain tengah berbakat yang bakal bermain buat kali pertama dalam perebutan piala berprestij untuk bola sepak negara itu nyata gembira kerana berjaya menjaringkan gol untuk kemenangan Red Giants ketika menentang Pahang dalam saingan separuh akhir malam tadi.

RED GIANTS“Alhamdulillah kita dapat ke akhir dan kita tidak akan mempersia-siakan peluang ini.

“Bertemu Kedah bagi saya satu pertemuan hebat kerana pasukan itu mempunyai ramai pemain muda berbakat. Kita akan memberi tentangan sengit,” katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.

Katanya, kemenangan dicatatkan adalah kejayaan pasukan yang membentuk kerjasama padu disamping panduan berguna pengurus, jurulatih dan semua yang terbabit dalam pasukan.

Pengaja gol Selangor, Norazlan Razali pula berkata, aksi cemerlang ditunjukkannya dalam perlawanan malam tadi adalah berikutan gandingan mantap bersama rakan sepasukan yang mahu mencipta kemenangan.

piala malaysia 2015“Bukan saya sahaja tetapi semua pemain Selangor beraksi dengan baik. Kita berkomunikasi dan berganding dengan bagus dalam perlawanan ini,” katanya.

Pemain kebangsaan itu mempamerkan aksi hebat bagi mematahkan beberapa percubaan bahaya pemain Tok Gajah bagi menjaringka gol.

Terbukti Selangor mengungguli perlawanan dan kini hanya selangkah bagi merealisasikan impian untuk bergelar juara selepas kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2005.

Selangor mengalahkan Pahang dengan agregat 2 – 0 manakala Kedah menundukkan Felda United 4 – 3 untuk bertemu di Stadium Shah Alam, 12 Disember ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.