Categories
SELANGOR

Anugerah Khas Imam Al-Ghazali milik Dr Mohd Farid Ravi

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 DIS : Tokoh agama terkemuka, Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, 44, dipilih menerima Anugerah Khas Imam Al-Ghazali Peringkat Selangor Tahun 1437H/2015M di Stadium Malawati, di sini hari ini.

FARID RAVIBeliau menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala iringan, sijil penghargaan dan sepersalinan pakaian yang disampaikan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj.

Turut mengiringi, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.

Sementara itu, pendakwah bebas, Profesor Dr Che Muhaya Mohamad dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Saidatina Khadiah Peringkat Selangor.
MAULIDUR RASUL 2015 (2)Dengan penganugerahan itu, Che Muhaya, 57, yang juga pakar optometris menerima RM10,000, piala iringan, sijil penghargaan dan sepersalinan pakaian.

Penerima lain adalah Datuk Mohd Shukri Dahlan bagi Anugerah Khas Khalid Al-Walid, Datuk Abdul Majid Omar untuk Anugerah Khas Umar bin Abdul Aziz dan Anugerah Khas Saidina Ali kepada Jihad Muhamad Fuad.

Penganugerahan itu berdasarkan sumbangan besar individu terbabit dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat kebangsaan dan global yang diiktiraf pelbagai pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.