Categories
SELANGOR

Hanya yang layak terima bantuan

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA SELANGOR, 19 DIS : Program berkenaan pertanian terus mendapat sokongan Kerajaan Negeri baik daripada segi teknikal, nasihat mahupun bantuan peralatan.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata bagaimanapun bantuan itu akan ditapis dan dipantau dengan teliti bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima manfaat berkenaan.

ZAIDY“Setiap bantuan diberi akan dipantau daripada segi hasil diperolehi selepas satu tempoh tertentu oleh jawatankuasa merangkumi jabatan berkaitan.

“Ia bagi memastikan setiap ringgit dikeluarkan Kerajaan Negeri untuk tujuan bantuan sokongan kepada usahawan pertanian mendatangkan hasil tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Selangor Agrofest 2015 di Kompleks Sukan Kuala Selangor, hari ini.

AGRO 2015 1Majlis yang dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu turut disertai Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Yunus Hairi.

Pada masa sama, Zaidy berkata, antara program baru yang akan dilaksanakan pada 2016 adalah seperti Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS) dan pembukaan kawasan pertanian baru untuk dimajukan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.