Selangor Agrofest meraikan para petani,penternak

Petani manfaat peluang sertai Selangor Agrofest 2015 untuk mempromosi dan meluaskan pasaran produk.

Categories
SELANGOR

Selangor Agrofest: Landasan usahawan tani promosi produk

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 20 DIS : Selangor Agrofest 2015 menjadi landasan usahawan sektor pertanian mempromosikan produk sama ada di darat mahupun laut merangkumi industri asas tani (IAT).

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata ia juga bertujuan mendidik usahawan kecil mencontohi syarikat yang berjaya memasarkan produk secara global.

ZAIDY“Bagi mereka yang menggemari pertanian, terdapat ruang pameran jabatan dan agensi berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan teknikal atau kaedah pertanian, penternakan dan perikanan sama ada secara komersial atau hobi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Selangor Agrofest 2015 di Kompleks Sukan Kuala Selangor, di sini, semalam.

Majlis yang disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu turut dihadiri Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman.

AGRO 2015 2Program tahunan bermula 17 hingga 20 Disember itu menghimpukan lebih 100 peniaga dan usahawan dengan pelbagai maklumat dan produk kepada orang ramai.

Pada majlis itu, turut disampaikan Anugerah Petani, Penternak dan Nelayan Terbaik kepada pemenang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi dan sijil.

Kategori Penternak Terbaik diberikan kepada Talha Abdullah, 46, yang menjalankan perniagaan kambing susu lebih sedekad lalu.

AGRO 2015Beliau yang berasal dari Rantau Panjang, Klang, mengucapkan terima kasih atas kemenangan yang berpihak kepadanya dan berharap kejayaannya menjadi pendorong kepada lebih ramai masyarakat menyertai bidang penternakan.

“Saya rasa seronok sangat apabila terpilih sebagai pemenang hari ini kerana ia adalah sesuatu yang tidak disangka setelah sekian lama saya berada dalam bidang ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Categories
SELANGOR

Hanya yang layak terima bantuan

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA SELANGOR, 19 DIS : Program berkenaan pertanian terus mendapat sokongan Kerajaan Negeri baik daripada segi teknikal, nasihat mahupun bantuan peralatan.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata bagaimanapun bantuan itu akan ditapis dan dipantau dengan teliti bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima manfaat berkenaan.

ZAIDY“Setiap bantuan diberi akan dipantau daripada segi hasil diperolehi selepas satu tempoh tertentu oleh jawatankuasa merangkumi jabatan berkaitan.

“Ia bagi memastikan setiap ringgit dikeluarkan Kerajaan Negeri untuk tujuan bantuan sokongan kepada usahawan pertanian mendatangkan hasil tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Selangor Agrofest 2015 di Kompleks Sukan Kuala Selangor, hari ini.

AGRO 2015 1Majlis yang dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu turut disertai Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Yunus Hairi.

Pada masa sama, Zaidy berkata, antara program baru yang akan dilaksanakan pada 2016 adalah seperti Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS) dan pembukaan kawasan pertanian baru untuk dimajukan.

-nR-