Categories
NASIONAL

Indeks Harga Pengguna naik 2.6% pada November 2015

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi November 2015 naik sebanyak 2.6 peratus kepada 114.8 berbanding 111.9 pada bulan sama, tahun lepas.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataan berkata, peningkatan IHP itu didorong peningkatan indeks kumpulan minuman alkohol dan tembakau (20.7 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (+5.9 peratus); restoran dan hotel (+4.6 peratus) kesihatan (+(4.4 peratus); makanan dan minuman bukan alkohol (+4.1 peratus) manakala hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isirumah (+3.8 peratus).

Pengguna“Kesemua enam kumpulan makanan dan minuman (wajaran 47.4) menyumbang sebanyak 97.8 peratus kepada peningkatan IHP bagi bulan November 2015.

“Selain itu, nilai indeks keseluruhan ini turut dipengaruhi peningkatan kumpulan komunikasi (+3.4 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan sebanyak 2.6 peratus,” katanya.

Secara keseluruhannya, indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (wajaran 30.3) meningkat 4.1 peratus untuk asas tahun ke tahun bagi November 2015 manakala indeks bagi bukan makanan mencatatkan kenaikan sebanyak 1.9 peratus.

Bagi perbandingan bulanan, IHP bagi November 2015 meningkat sebanyak 0.6 peratus.

“IHP bagi tempoh 11 bulan pertama 2015 mencatat kenaikan sebanyak 2.0 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Ini didorong oleh kenaikan kumpulan utama berwajaran tinggi iaitu indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+3.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.4 peratus),” katanya dipetik BERNAMA.

Menurut jabatan itu, peningkatan lain adalah minuman alkohol dan tembakau (+12.6 peratus), kesihatan (+4.5 peratus), restoran dan hotel (+4.2 peratus) serta pelbagai barangan dan perkhidmatan (+4.1 peratus).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.