Categories
SELANGOR

Selangor bentuk dasar baru sisa pepejal

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 23 DIS: Satu dasar baru berkenaan pengurusan sisa pepejal di Selangor akan dimuktamadkan Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

Pengurus Besar Hebat Abadi Sdn Bhd, Ramli Mohd Tahir, berkata dasar itu mengandungi prosedur dan tatacara lengkap dalam menangani isu berkaitan sampah.

Hebat Abadi“Kerajaan Negeri dalam semakan terakhir untuk membuat anjakan paradigma bagaimana menguruskan sisa pepejal menggunakan kaedah terbaik.

“Ia bagi memastikan servis dan kos ditawarkan kontraktor dilantik lebih efisyen dan cekap supaya masalah sama tidak berbangkit,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Ramli berkata, Hebat Abadi kini mengambil alih sementara kawasan yang gagal diselenggara syarikat kontraktor dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya arahan itu diputuskan Kerajaan Negeri pada Mei lalu dan terus berkuatkuasa sehingga ketetapan baru dibuat.

“Sehingga dasar baru siap, kita bertindak seperti diarahkan dan sudah mengambil alih beberapa kawasan di sekitar Shah Alam, Klang, Ampang Jaya dan Petaling Jaya,” katanya.

Hebat Abadi mula terlibat dalam pengurusan sisa pepejal lebih 20 tahun lalu di sekitar Kuala Lumpur sebelum dimiliki sepenuhnya Kerajaan Selangor pada 2008.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.