Categories
NASIONAL

Iskandar: “Berterima kasihlah, Pakatan tadbir Selangor dengan baik”

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 DIS: Gesaan perwakilan Selangor, Datuk Nasaruddin M Zin supaya Kerajaan Persekutuan tidak lagi membiayai infrastruktur dan pembangunan di negeri itu kerana tidak dikuasai Barisan Nasional (BN) menunjukkan Umno tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A Samad, berkata UMNO gagal memahami tanggungjawab Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.

yb iskandar 1“Perkara 109 menetapkan Kerajaan Persekutuan perlu membuat pemberian tahunan untuk dua perkara.

“Pertama adalah pemberian menurut kepala atau jumlah penduduk seperti Perkara 109(1)a. Kedua adalah pemberian bagi penyenggaraan jalan seperti Perkara 109(1)b.

“Nilai pembayaran itu juga dinyatakan dengan jelas pada Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kesepuluh perlembagaan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pimpinan Umno perlu berterima kasih kepada Kerajaan Selangor yang ditadbir secara berhemah dan terus menjadi penyumbang kepada lebih 20 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

PAKATAN RAKYATTegasnya, jika pembangunan di Selangor terhenti maka ia akan memberi kesan negatif kepada seluruh negara.

“Berterima kasihlah kepada Kerajaan Selangor yang berusaha untuk memastikan pembangunan di negeri yang paling strategik di Malaysia ini berjalan lancar.

“Walaupun gesaan ini dibuat oleh perwakilan, namun ia dibuat wakil dari negeri yang termaju di negara kita. Maka, tidak hairan jika ia juga pandangan UMNO dari negeri lain,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.