Categories
NASIONAL

Iskandar: PAS alternatif terbaik untuk ahli Umno yang kecewa

SHAH ALAM, 24 DIS : Ahli-ahli PAS diseru mendekati ahli Umno tetapi bukan partinya, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Iskandar berkata, hal itu kerana ramai dalam kalangan ahli Umno mula kecewa dengan parti mereka sendiri dan menjadi tugas ahli PAS menarik mereka bersama-sama memperjuangan pasti Islam itu.

Iskandar Samad“Tawaran persahabatan yang dihulurkan adalah kepada ahli-ahli UMNO. Saya yakin ramai dari mereka yang tertunggu-tunggu untuk keluar dari UMNO dan PAS mesti membuktikan mereka adalah alternatif yang meyakinkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Di Selangor, pada kempen keahlian tahun ini hampir 6,000 orang direkodkan memohon menjadi ahli PAS dalam masa 3 minggu.

Iskandar berkata, satu lagi kempen seumpamanya bakal dilancar menjelang Januari 2016.

“Masa untuk UMNO telah berlalu. PAS mesti menunjukkan kemampuan sebagai parti masa depan.

“Menjadi pencetus inisiatif politik baru dan bukan sekadar menjadi pengikut di belakang,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.