Categories
SELANGOR

Umat Islam perlu jadikan Rasulullah contoh teladan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 DIS : Umat Islam di Selangor perlu menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai Uswahtun Hasanah (contoh teladan baik) dalam kehidupan seharian bagi mendapat keredaan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata ia boleh dipraktikkan dalam melaksanakan sistem pentadbiran cekap, menjana ekonomi baik, menjamin sistem sosial adil dan bersama memacu kejayaan masyarakat dan negara.

pengarah jais a“Apa ertinya sebuah negeri tanpa rakyat dan apalah ertinya jika mempunyai rakyat ramai tetapi tidak bermuafakat.

“Sepanjang sejarah umat Islam banyak peristiwa berlaku yang boleh dijadikan iktibar tetapi malangnya kita tidak banyak belajar, sebaliknya mendalamkan jurang perpecahan hingga akhirnya berlaku kerosakan tanpa jalan keluar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Selangor 1437H di Stadium Malawati, di sini hari ini.

Hadir sama, Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj mewakili DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada masa sama, Haris berkata, ada pihak menjadikan ‘adat’ sebagai alasan untuk tidak bersatu dan terus berpecah-belah sedangkan ia bertentangan dengan maksud sebenar.

“Adat tidak sesekali menjadi punca perpecahan, namun adat berlandaskan kitabullah sering mendidik pengamalnya supaya bersatu padu dan muafakat bersesuaian dengan tema tahun ini Rakyat Muafakat Negeri Berkat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.