Categories
SELANGOR

Jejantas kedua pulih kesesakan PJS 1 ke Seksyen 1

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 DIS : Kesesakan jejantas bagi laluan motosikal dari Petaling Jaya Selatan (PJS) 1 ke Seksyen 1 Petaling Jaya semakin membimbangkan.

Adun Taman Medan, Haniza Talha, berkata laluan pintas itu tidak lagi selamat digunakan ekoran peningkatan jumlah penunggang terutamannya pada waktu puncak.

Katanya, jejantas dua hala itu mula sesak seawal jam 7 pagi menyebabkan penunggang motosikal terpaksa berlaga antara satu sama lain dan bergerak perlahan.

JEJANTAS SESAK“Apabila semakin ramai menggunakan jejantas itu, saya dapat aduan isu keselamatan ekoran terlalu ramai penunggang dikhuatiri tidak dapat menampung bebanan.

“Keluar awal pun tetap berdepan kesesakan, jadi saya simpati memandangkan ini adalah laluan utama mereka untuk ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Haniza berkata, isu itu sudah dibangkitkan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) lalu kepada Exco berkaitan bagi mendesak pembinaan jejantas kedua.

Katanya, ia bagi mengurangkan kesesakan di jejantas sedia ada selain menjamin keselamatan pengguna laluan itu setiap hari.

haniza talha 2“Saya minta Exco bincang dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk membina jejantas kedua di situ bagi mengurangkan risiko bahaya kepada pengguna.

“Saya akan menghantar surat kepada Exco supaya mengatur perjumpaan bersama LLM untuk melawat tapak itu dan membuat keputusan membina jejantas kedua,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.