Categories
SELANGOR

Lebih 2,000 bakal sertai MTB D’Paya Indah Wetlands 2015

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 DIS: Seramai 2,000 pelumba dijangka menyertai acara sukan lasak berbasikal, MTB D’Paya Indah Wetlands 2015 pada 15 Disember ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata jumlah penyertaan kali ini menunjukkan peningkatan memberansangkan sejak diperkenal pada 2013.

Katanya, ia juga membuktikan kemajuan pelancongan sukan di daerah itu dan yakin ia mampu dikembangkan lagi.

MTB“Saya harap orang ramai dapat memberikan sokongan dan kepada pelumba diingatkan berhati-hati ketika menunggang.

“Ini kerana pelumba akan menggunakan laluan jalan raya dan beberapa perkampungan Orang Asal di Kampung Sri Cheding,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, MDKL turut bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk menempatkan anggotanya bagi melancarkan perjalanan acara dan keselamatan awam.

MTB D'PAYA WET LAND 2015Katanya, pelumba dan pengunjung juga berpeluang menikmati tawaran istimewa di Paya Indah Wetlands sempena kejohanan kali ke-3 ini.

“Selain disajikan dengan pemandangan indah kawasan tadahan air dan hidupan liar, kos penginapan chalet juga ditawarkan pada harga serendah RM120,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.