Categories
SELANGOR

Juara Piala Malaysia hadiah paling bermakna sempena keputeraan Sultan Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 11 DIS: Kejuaraan Piala Malaysia 2015 bukan sahaja mengembalikan kegemilangan pasukan Selangor, malah lebih bermakna sekiranya dapat dijadikan hadiah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyambut hari keputeraan hari ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yakin pemain akan mempamerkan semangat tinggi untuk memenangi perlawanan akhir menentang Kedah esok.

MOHAMED AZMIN“Harapan saya Selangor dapat mengembalikan kegemilangan bolasepak selepas 10 tahun kita gagal.

“Ini juga harapan besar Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang mempunyai minat besar dalam bola sepak dan saya berharap pemain dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi pada Sabtu ini untuk merampas Piala Malaysia kali ini,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat sempena hari keputeraan baginda yang ke-70 di Istana Bukit Kayangan di sini, semalam.

Mohamed Azmin menyeru rakyat mendoakan pasukan Selangor berjaya menundukkan Kedah sekaligus membawa pulang Piala Malaysia buat kali ke-33.

Perlawanan Akhir bola sepak Piala Malaysia akan berlangsung di Stadium Shah Alam antara pasukan Selangor dan Kedah Sabtu ini selepas berjaya menumpaskan lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.