Categories
SELANGOR

MAIS: Tiga tanah wakaf bangunkan projek perumahan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 8 DIS : Tiga lagi projek pembangunan tanah wakaf untuk perumahan bakal dijalankan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam tempoh terdekat.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata projek itu kini dalam kebenaran merancang untuk membina pangsapuri setara harga Rumah Selangorku.

logo-mais-baruKatanya, ia adalah kesinambungan projek perumahan berkembar di Jalan Kebun yang dilancarkan pada 1 Disember lalu.

“Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) ditubuhkan untuk menguruskan perkara berkaitan wakaf bagi pihak MAIS.

“Tugas menguruskan tanah wakaf mencabar dan MAIS berusaha menggerakkan pertolongan berdasarkan wakaf untuk pendidikan, kesihatan, ekonomi dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Kakitangan Kerajaan Negeri yang dihoskan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Dewan Jubli Perak, semalam.

Sebelum ini, MAIS membangunkan tanah wakaf di Jalan Kebun sebagai projek perintis bagi pembangunan seterusnya.

Pembangunan kawasan terbabit dijalankan secara usahasama antara PWS dan Nada Sepakat Corporation (M) Sdn Bhd (Nada Sepakat).

Tanah seluas 2.844 ekar itu diwakafkan Almarhum Abdul Rahman Arshad pada 1972 untuk tujuan umum bagi manfaat Surau Al-Falah Telok Pulai, Klang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.