Categories
SELANGOR

MB iringi Sultan ke Majlis Tahlil dan Yasin

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 DIS: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan Hari Keputeraan baginda yang ke-70

Majlis yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah sebelum solat Jumaat itu diketuai oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan turut disertai Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

SULTAN YASINHadir sama ialah Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, barisan Exco Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.

Pada masa sama, lebih 1,000 hadirin termasuk 500 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai majlis berkenaan.

Selesai majlis, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyertai jemaah lain menunaikan solat Jumaat dan jamuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.