Categories
SELANGOR

MB: Tender terbuka untuk semua proses perolehan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 DIS: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan semua proses membabitkan pembalakan di Selangor diuruskan Jabatan Perhutanan Negeri secara tender terbuka.

Katanya, sejak 2008 Menteri Besar tidak pernah campur tangan dalam urusan itu dan beliau meminta semua pihak tidak terus menyebarkan fitnah berkenaan isu terbabit.

MOHAMED AZMIN“Semua proses perolehan di Selangor sejak 2008 dibuat secara tender terbuka. Menteri Besar tidak pernah terlibat dengan proses itu dan saya sendiri tidak duduk dalam jawatankuasa tender.

“Khusus pembalakan diuruskan Jabatan Perhutanan Negeri. Jangan buat fitnah,” katanya ketika diminta mengulas isu pembalakan yang dibangkitkan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Mohamed Azmin sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di bangunan SUK Selangor, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menegaskan, tidak timbul isu dalam projek baik pulih pintu gerbang Selangor yang bernilai hampir RM9.7 juta memandangkan ia sudah dibahaskan dan dipersetujui dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DNS).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.