Categories
SELANGOR

MBPJ: Diskaun 80% bayar kompaun lanjut hingga Feb 2016

Oleh : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 24 DIS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan lanjutan tempoh pembayaran kompaun dengan potongan sebanyak 80 peratus bermula 1 Disember 2015 hingga 29 Februari 2016.

Tawaran itu diberikan kepada notis kompaun yang dikeluarkan pada 1999 sehingga 2012 sementara kesalahan 2013 dan 2014 pula diberikan pengurangan sebanyak 20 hingga 40 peratus.

Mohd azizi mbpjDatuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata pesalah tegar yang masih berdegil untuk menyelesaikannya bakal berhadapan tindakan mahkamah.

“MBPJ memberikan peluang terakhir kepada orang ramai yang mempunyai kompaun tertunggak untuk menyelesaikannya sebelum berdepan tindakan disenarai hitam dan tidak dapat memperbaharui cukai jalan,” katanya.

Katanya, kesalahan lalu lintas merekodkan bilangan kompaun tertinggi dengan jumlah 236,115 notis dan diikuti kesalahan halangan meletak kenderaan sebanyak 165,695.

Dari 1 Disember hingga 21 Disember 2015, MBPJ mencatatkan 21,164 kompaun berbayar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.