Categories
SELANGOR

MBPJ gerak persiapan hadapi banjir

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA 1 DIS: Bilik gerakan Bencana Alam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dijadikan sebagai pusat pengumpulan maklumat bagi persiapan sedia menghadapi banjir.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata ia berfungsi untuk menyelaras bantuan kecemasan dan bencana merangkumi aspek logistik kepakaran dan kebajikan.

banjir subang“Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) MBPJ digerakkan segera apabila berlaku sebarang bencana alam termasuk banjir yang melibatkan 23 anggota iaitu 19 anggota dari Jabatan Penguatkuasaan dan empat anggota dari jabatan lain.

“Mereka ditugaskan secara “on call basis” pada bila-bila masa bersama Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam,” katanya.

Mohd Azizi berkata, berdasar maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati taburan hujan pada tahun ini agak luar biasa mencecah kepada 320mm pada bulan ini.

Katanya, MBPJ juga bersiap siaga untuk menghadapi bencana banjir yang berlaku di kawasan pentadbirannya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan kerja pembersihan longkang dan saliran bagi mengatasi masalah banjir.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.