Categories
SELANGOR

Petaling Jaya kukuh kerjasama Qingyun dan Saitama

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA 1 DIS: Selepas Bandung dan Asan City Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal jalin kerjasama dengan Qingyun (China) dan Saitama (Japan).

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata MBPJ menerima jemputan lawatan ke dua bandar itu bagi menjalin hubungan yang memberi manfaat ke dua hala.

MBPJ“Untuk permulaan ini, kita menghantar tiga pegawai ke Qingyun melihat keadaan dan mengenal orang di sana pada Disember ini.

“Dan seterusnya, tahun hadapan kita ke Saitama, Japan bagi tujuan yang sama,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, mengulas lanjut Perjanjian (MOU) MBPJ dengan bandar raya Asan dan Bandung katanya, MBPJ bersama ahli majlis ke sana bagi mewujudkan hubungan lebih baik.

“Baru-baru ini kita menerima kedatangan mereka untuk perjanjian MOU dan kini kita pula menerima jemputan untuk melawat ke bandar mereka.

“Kerjasama ini dilihat memberi manfaat dari aspek pendidikan, ekonomi, pembangunan, pelancongan dan kebudayaan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.