Categories
NASIONAL

MKN bolehkan hartanah dirampas, tangkap, geledah tanpa waran

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 DIS: Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN) membolehkan pihak keselamatan menangkap dan mengeledah rumah atau mana-mana bangunan tanpa perlu mendapatkan waran mahkamah terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata harta persendirian seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang berada di kawasan diisytiharkan darurat juga boleh dirampas tanpa memerlukan kebenaran mahkamah.

tian chua pc pkr 01“Tak kira di mana-mana tempat sekiranya Perdana Menteri rasa ada ancaman, ada keperluan, tidak perlu ada apa-apa bukti tetapi cukup sekiranya Perdana Menteri setuju, darurat boleh diisytiharkan sebagai zon darurat tanpa had keluasan sama ada satu bandar, satu negeri atau sebagainya.

“Di bawah perintah darurat ini, perintah berkurung dikenakan, orang ramai boleh ditanggkap, rumah atau bangunan boleh digeledah tanpa apa-apa waran. Harta benda termasuk tanah mana-mana pihak boleh dirampas pasukan keselamatan tanpa melalui mahkamah.

“Sesiapa yang menghalang atau tidak mengikut perintah boleh dihukum dimasukkan ke dalam penjara. Ini tidak pernah berlaku. Mana ada kuasa yang sebegini mutlak dipusatkan di tangan Perdana Menteri,” kata Tian Chua kepada Selangor Kini.

Jelasnya, ini jelas membuktikan MKN merupakan undang-undang yang paling menindas sekali seperti mana yang dilakukan dalam negara dikuasai kerajaan junta tentera.

Kata Tian Chua, undang-undang yang mengancam hak asasi manusia itu juga menafikan hak perlembagaan kita dan mengambil kuasa Yang Dipertuan Agong seperti yang disebut-sebut oleh kebanyakkan penganalisa baru-baru ini.

“Langkah ini menyebabkan semua kuasa dipusatkan pada tangan Perdana Menteri dan tidak memerlukan kebenaran Yang Dipertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat,” kata Tian Chua lagi.

Terdahahulu, wakil kerajaan BN di Dewan Rakyat tergesa-gesa membentangkan RUU MKN sebelum diluluskan dengan undian belah bahagi yang menyaksikan 107 Ahli Parlimen bersetuju dan 74 lagi menolak.

RUU itu diperkenalkan ketika kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada pada paras paling lemah ekoran pelbagai skandal membabitkan beliau dan dicabar pelbagai pihak dalam dan luar Umno sendiri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.