Categories
SELANGOR

Pengharaman guna kertas bercetak bungkus makanan dikaji

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 DIS: Pengharaman penggunaan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan di negeri ini dikaji Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Datuk Bandarnya, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata pihaknya mengkaji perkara itu terlebih dahulu sebelum dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri.

bahaya guna surat khabarKatanya, MBSA perlu menunggu sebarang arahan dari Kerajaan Negeri untuk sebarang keputusan.

“Untuk perkara ini memerlukan banyak kajian. Contohnya isu penggunaan polisterin, masih diperingkat kajian. Ia perlu dilakukan secara berperingkat.

“Kena fikir banyak kerana ia membabitkan kilang dan sebagainya. Walaupun jika arahan dari Kerajaan Persekutuan tetapi kita perlu menunggu arahan Kerajaan Negeri,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas keputusan Perlis untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pengendali makanan yang menggunakan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan berkuatkuasa 1 Januari, 2016.

Berdasarkan kajian toksikologi, kertas bercetak didapati mengandungi bahan kimia berbahaya yang menjadi punca kanser.

Mana-mana pengendali makanan yang masih berdegil akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Peraturan 36 (Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009).

Peraturan itu dikenakan akibat kegagalan pengendali makanan mematuhi kehendak berhubung penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan. Ia boleh membawa denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.