Categories
SELANGOR

Penyokong serbu, JJPM pendekkan masa bertemu

Oleh : AFIX REDZUAN

KLANG, 19 DIS: Kekecohan yang berlaku ketika sesi bertemu peminat sempena Jelajah Juara Piala Malaysia (JJPM) memaksa penganjur memendekkan masa pertemuan bagi menjaga keselamatan pemain dan pegawai pasukan.

Hujan renyai tidak menghalang peminat untuk datang mendapatkan tandatangan serta bergambar bersama pemain dan melihat secara dekat Piala Malaysia.

JJPM KLANG 2Sesi yang sepatutnya berlangsung selama sejam itu terpaksa disingkatkan kepada setengah jam susulan keadaan tidak terkawal apabila lebih 350 peminat membanjiri Dataran GM Klang bagi melihat lebih dekat wira Piala Malaysia mereka.

JJPM di Klang merupakan penganjuran kedua selepas pemain Selangor dan Piala Malaysia diraikan di Kuala ,semalam.

JJPM diteruskan di Daerah Sepang serta Selayang dan peminat dijemput untuk memeriahkannya esok.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.