Categories
SELANGOR

PKNS sambut saranan Sultan, bina lebih banyak RMM

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 DIS: Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjangkakan 7,500 projek pembinaan rumah mampu milik (RMM) mampu dibangunkan secara berperingkat menjelang 2019.

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah berkata, komitmen itu selari dengan saranan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu RMM lebih banyak dibangunkan.

pkns 1“Kita juga mengambil maklum sasaran Kerajaan Negeri yang mahu membina RMM sebanyak 20,000 menjelang 2019.

“Kita mahu memberi peluang kepada golongan muda untuk memiliki kediaman sendiri. Jadi, PKNS yakin pembinaan ini akan dapat direalisasikan hidup baru kepada rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian jual beli hartanah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (1)Sementara itu, Azlan berkata, PKNS akan membina 4,471 unit Rumah Selangorku Idaman PKNS di Kota Puteri akan siap sepenuhnya pada 2023.

Manakala, Worldwide pula akan membina 1,400 unit Rumah Selangorku di kawasan sama.

“Ini merupakan tanggungjawab bersama pemaju di negeri ini menyediaka rumah untuk rakyat Selangor,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.