Categories
SELANGOR

Red Giants ke akhir bertemu Kedah

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 7 DIS: Selangor ke perlawanan akhir Piala Malaysia apabila menewaskan Pahang 2 – 0 dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Red Giants memperoleh gol menerusi jaringan penyerang import dari Brazil, Guilerme de Paula Lucrecio pada minit ke 10 dan Nazmi Faiz (53) untuk layak dengan agregat 2 – 0.

CVjQhcNUkAAQ6HaSkuad Mehmet Durokovic berjaya mengekang asakan juara bertahan yang mengasak secara berterusan dalam saingan penuh debar itu.

Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri digunakan sepenuhnya Selangor untuk menafikan cabaran skuad Tok Gajah dibimbing mantan pemainnya, Zainal Abidin Hassan.

Dengan kejayaan itu, Selangor akan bertemu Kedah di akhir yang layak dengan agregat 4 – 3 apabila menewaskan Felda United 2 – 1 di Stadium Darul Aman.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.