Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding Dollar RM4.33

KUALA LUMPUR 15 DIS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, lapor BERNAMA.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu disebut pada 4.3300/3380 berbanding dolar AS berbanding penutup semalam 4.3220/3290.

Peniaga berkata, walaupun dolar AS meningkat berbanding ringgit, ia masih tidak membantu pasaran kerana pasaran cemas menunggu petunjuk bila Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah.

NILAI RINGGIT“Fed dijangka menaikkan kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh hampir sedekad dengan mesyuarat Jawatankuasa pasaran Terbuka Fed selama dua hari akan berakhir pada Khamis,” katanya.

Unit tempatan itu didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain pagi ini.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0716/0794 daripada penutup Isnin 3.0648/0704 dan susut berbanding yen kepada 3.5732/5810 daripada 3.5660/5721 kelmarin.

Ringgit susut berbanding pound kepada 6.5587/5721 daripada 6.5483/5602 kelmarin dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.7621/7722 daripada 4.7339/7420 sebelum ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.