Categories
SELANGOR

Temasya Seni Cempuling 25 jam catat Malaysia Book of Records

Oleh : AFEEQA AFEERA

SABAK BERNAM, 20 DIS : Mengekalkan corak permainan muzik tradisi Cempuling selama 25 jam tanpa henti melayakkan seni itu diiktiraf The Malaysia Book of Records.

Temasya yang berlangsung di Homestay Sungai Hj Dorani itu bermula pada 19 Disember jam 10 pagi hingga 20 Disember jam 11 pagi dengan membabitkan sembilan kumpulan muzik Cempuling seluruh negeri.

Seramai 87 orang pemain mengambil bahagian melibatkan pelbagai peringkat usia yang diketuai Koordinator, Abdul Khalil Hassan.

Cempuling 25  Jam - 1Temasya itu disaksikan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Penganjurannya bertujuan menghimpunkan aktivis kumpulan Cempuling di Selangor untuk mencipta rekod mengalunkan muzik tanpa henti selama 25 jam.

Tempoh itu adalah simbolik 25 tahun sambutan penubuhan Muzium Sultan Alam Shah di Shah Alam dan berdasarkan rekod, tiada pihak yang pernah terlibat dengan cempuling tanpa henti selain rekod muzik gambus dari Johor.

Ia juga bertujuan mengangkat dan memartabatkan Cempuling sebagai identiti muzik Selangor yang kurang mendapat perhatian masyarakat.

Selain mengalunkan muzik, kumpulan Cempuling turut melontarkan lirik mengandungi nasihat dan peringatan berkenaan kepentingan dunia dan akhirat.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.