Categories
SELANGOR

Seni muzik Cempuling pupuk perpaduan masyarakat

Oleh : AFEEQA AFEERA

SABAK BERNAM, 20 DIS : Seni Cempuling yang kaya dengan tradisi dan nilai falsafah tinggi mampu mempupuk perpaduan serta menyatupadukan masyarakat majmuk di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata ia berjaya menarik minat khalayak ramai untuk memartabatkan warisan masyarakat Jawa yang wujud sejak sekian lama.

Beliau berkata, seni itu juga senada dengan saranan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya rakyat lebih agresif memupuk perpaduan.

YunusHairi“Cempuling membuktikan semua pihak boleh bersatu dengan mengenepikan perbezaan latar belakang dan penting untuk untuk diwarisi kepada generasi akan datang.

“Warisan seni ini harus disambung kerana keunikannya dalam menyebar nilai falsafah melalui lirik lagu dengan mesej mendalam sebagai peringkatan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Temasya Seni Cempuling Selangor 25 Jam Tanpa Henti di Pusat Aktiviti Homestay Sungai Hj Dorani, di sini, hari ini.

Temasya anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) itu bermula pada 19 Disember jam 10 pagi dan berakhir pada 20 Disember jam 11 pagi sekali gus melayakkan ia dicatat dalam The Malaysia Book of Records.

Cempuling 25  JamPada masa sama, Ahmad Yunus berkata, seni itu wajar diperkasa supaya tidak pupus ditelan arus kemodenan.

Katanya, PADAT turut bercadang menganjurkan pertandingan seni Cempuling pada tahun hadapan bagi menggalakkan lebih ramai kumpulan atau peserta menyertai aktiviti itu.

“Selain mengekalkan warisan, seni ini boleh menjadi tarikan pelancongan di Selangor.

“Perhatian dan sokongan semua pihak amat dialu-alukan untuk memastikan Cempuling terus mendapat tempat dalam seni warisan budaya kita,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.