Categories
NASIONAL

Trending 2015: Kenyataan ‘ke laut’ kekal jadi ‘trade mark’ pentadbiran Najib

Oleh: NAZLI IBRAHIM

Tentu ramai yang masih ingat pada awal 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan nada yang bengang menagih pujian dari rakyat selepas beliau mendapati harga pasaran sayur kangkung mulai menurun.

“Harga kangkung turun kenapa tidak puji kerajaan. Ini tidak adil,” kata Najib.

isukangkungnajibAkibat kenyataan tidak peka dengan tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat, kenyataan ‘kangkung’ Najib dijadikan bahan jenaka, ejekan dan cemuhan masyarakat khususnya di laman-laman sosial.

Tidak cukup dengan itu, kenyataan kangkung Najib turut menjadi tajuk berita media antarabangsa apabila portal berita online BBC memaparkan berita “#BBC Trending: Be careful what you say about spinach” (berhati-hati apa yang anda katakan tentang kangkung).

Walaupun dihujani dengan cemuhan masyarakat, yang peliknya ‘kenyataan ke laut’ seumpama itu diteruskan dengan deretan kenyataan lawak lain daripada beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Menteri Kabinet seolah-olah menjadi ‘trade mark’ pentadbiran Najib.

Berikut adalah senarai kenyataan yang dikeluarkan beberapa Menteri dan pemimpin BN sepanjang 2015 yang menjadi bahan cemuhan nitizen di media sosial.

1 – Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali
“Kerajaan tidak paksa rakyat bayar GST. Kalau tidak mahu bayar GST, beli barang yang tidak kena GST”

2- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek
“Saya melihat daripada statistik kementerian, nampaknya aduan sudah mulai berkurangan. Maknanya rakyat sudah mula memahami (GST).

“Oleh itu Alhamdulillah, dua minggu ini rakyat sudah boleh menerima hakikat GST tak membebankan mereka.”

3- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin
“Janganlah, saya pun nak cari makan juga” ketika diasak soalan sama ada PAC akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

4- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
“Wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun saya adalah derma jutawan Arab”

5-Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan “Bangun awal jika tidak mahu bayar tol,”

Beberapa hari kemudian tersebar pula gambar di media sosial yang menunjukkan pengguna jalan raya enggan memberi laluan kepada kenderaan yang membawa Perdana Menteri dengan caption “bangun awal kalau tidak mahu tersekat dalam ‘jammed!”

6 – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan
“Sesekali sedia sarapan untuk keluarga. Nasi goreng campur resepi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ini ada program UMNO”

7 – Ahmad Maslan lagi…
Gara-gara terlalu ghairah mempertahankan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Ahmad Maslan berkata “GST boleh menurunkan harga barang” yang menyebabkan beliau disindir individu terkenal lain seperti, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan lain-lain.

8 – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
“Rakyat tetap berbelanja untuk raya walaupun kena GST”

9 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaacob
“Tidak percaya Najib bermakna tidak percaya Allah,” kata beliau ditujukan kepada pihak yang tidak mempercayai sumpah Najib dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

10 – Lagi-lagi Ahmad Maslan…
Kenyataan ‘ke laut’ BN pada 2015 ditutup dengan Ahmad Maslan dan sekali lagi ‘dibahan’ nitizen gara-gara mengeluarkan kenyataan melalui tweeternya “Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal.”

Kenyataan beliau menimbulkan reaksi beberapa individu terkenal lain termasuklah artis terkenal, Harith Iskandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.