Categories
SELANGOR

306 petak tanaman kebun komuniti ke arah bandar hijau

Oleh: SYASYA SUFIAN

SUBANG JAYA, 23 JAN: Sebanyak 306 petak tanaman diusahakan 17 komuniti di pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi melaksanakan kebun komuniti.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kebun komuniti merupakan aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan perumahan oleh masyarakat setempat.

MPSJ“Ia adalah salah satu aktiviti ke arah pembangungan MPSJ Bandar Hijau 2030 yang dilaksanakan secara individu, keluarga dan komuniti.

“Ia juga menggalakkan pengeluaran makanan tempatan berasaskan komuniti serta pembangunan ekonomi lebih menjamin kesegaran,” katanya sewaktu Majlis Upacara Pecah Tanah Bagi Taman Rekreasi Putra Heights, Subang Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, usaha itu lebih kondusif dan fokus dalam meningkatkan kelestarian kediaman dan kemampanan bandar seterusnya meningkatkan kesejahteraan penduduk.

“Dengan kerjasama daripada masyarakat ia bakal memberikan impak positif dengan penurunan karbon dan bakal memberikan keselesaan kepada orang ramai,” katanya.

Antara projek komuniti yang terlibat adalah projek kebun komuniti MPSJ dengan penduduk Apartment Garnet Puchong Indah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.