Categories
SELANGOR

359 keluarga terima bantuan banjir

SEPANG 21 JAN: Seramai 359 keluarga menerima bantuan bencana banjir kilat yang melanda daerah itu baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi malam tadi.

Dr Daroyah bantuan1Daripada 359 keluarga yang menerima sumbangan bencana daerah Sepang itu 94 daripadanya adalah daripada Desa Merpati, Lembah Jaya (73), Kg Salak Tinggi (67), Kg Ghicing (40), Kampung Semarang (29).

Turut menerima bantuan itu keluarga di RTB Labu Lanjut (21), Kg Ampar Tenang (20), Desa Salak Indah (14) dan 1 keluarga dari Tanjung Mas.

Hadir sama dalam program itu Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Adun Sg Pelek, Lai Nyuk Lan, Adun Adun Tanjung Sepat, Ir Haslin Hassan serta Pegawai Daerah Sepang Roslina Md Jani.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.