Categories
NASIONAL

Tetap harga lantai petrol tindakan keji pentadbiran Najib

SHAH ALAM 21 JAN: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak yang secara senyap merancang menghalang rakyat daripada menikmati harga minyak rendah adalah terkutuk dan keji.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata rakyat sekarang sudah pun tidak dapat menikmati harga rendah sebenar kerana faktor kejatuhan nilai ringgit menyebabkan harga minyak kekal tinggi berbanding negara lain.

Katanya, jika sistem harga lantai ini dilaksanakan, rakyat terus dinafikan hak untuk menikmati harga minyak sebenar.

Minyak Najib“Najib Razak sedang pening kepala mencari sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan kerajaannya yang boros dan membazir.

“Saya beri amaran supaya pelarasan Bajet 2016 yang bakal diumumkan beliau tidak sedikit pun menyentuh peruntukan rakyat atau memperkenalkan cukai tersembunyi seperti pelaksanaan sistem harga lantai,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Katanya, sekiranya sistem pelarasan harga lantai ini diperkenalkan juga, beliau akan berbincang dengan rakan Pakatan Harapan untuk menganjurkan demonstrasi membantah yang sudah tentu mendapat sokongan rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.