Categories
SELANGOR

ABASS terima anugerah Prime Minister’s Hibiscus Award

SHAH ALAM 12 JAN: Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) menerima Anugerah Prime Minister’s Hibiscus Award 2014/2015 anjuran Malaysian International Chamber of Commerce and Industry baru-baru ini.

Pengarah Konsortium ABASS Sdn Bhd , Ir Abas Abdullah, berkata anugerah itu membuktikan kerja dan peranan diamanahkan dilaksanakan dengan jayanya malah mampu menjadi contoh kepada syarikat lain.

ABASS AnugerahPengiktirafan terhadap peranan ABASS itu mengambil kira kekuatan utama syarikat dalam mewujudkan sistem pengeluaran air bersih yang mesra alam sekitar, lestari (sustainable) dan berkeupayaan menangani pencemaran dalam tempoh singkat.

Pencapaian Anugerah ‘Prime Minister’s Hibiscus Award’ merupakan anugerah khas di atas pencapaian berterusan syarikat dalam menangani isu penjagaan alam sekitar secara menyeluruh termasuk isu penjagaan air.

Ir Abas berkata syarikat berkenaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha memastikan kualiti air sentiasa berada di tahap terbaik.

Antaranya dengan mengadakan kerjasama erat bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta menubuhkan Pasukan Penjagaan Pencemaran Sungai bagi memastikan pengaliran air ke Sungai Semenyih sentiasa dipantau.

Katanya, ia bagi memastikan tiada pencemaran berlaku dan kualiti air sentiasa terjaga serta bebas dari sebarang bahan kimia.

Katanya, ABASS juga membina kemudahan rawatan enap cemar termoden di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, bertujuan untuk melindungi alam sekitar di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluent Perindustrian) 2009.

Kemudahan rawatan kumbahan itu menggunakan konsep “pelepasan sifar” apabila semua cecair dipulihkan serta dirawat seterusnya dikitar semula ke dalam loji rawatan air.

Selain anugerah ini, ABASS juga menerima pengiktirafan seperti Anugerah MSOSH, Anugerah Kecemerlangan Keselamatan dan Kesihatan Kebangsaan, MSC Malaysia HR Achievement dan The Malaysian Book of Records.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.