Categories
SELANGOR

El Nino: Selangor ada alternatif hadapi kekurangan air

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 JAN: Kerajaan Negeri sentiasa proaktif dalam menangani masalah bekalan air terutamanya bagi menghadapi musim kering akibat fenomena El Nino ketika ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Amin Ahmad Ahya berkata pihaknya sentiasa berbincang dan melihat perkara itu dari masa ke semasa untuk mengelakkan catuan air seperti sebelum ini.

el-nino-fotoKatanya, Kerajaan Negeri mempunyai projek mitigasi antaranya projek Labuhan Dagang yang boleh mengatasi masalah bekalan air di negeri itu.

“Tidak ada jaminan dan saya tidak boleh bagi jaminan catuan air. Namun, buat masa ini bekalan air mencukupi untuk penduduk Lembah Klang.

“Kita mempunyai jawatankuasa untuk melihat keadaan keperluan air di negeri Selangor setiap hari. Buat masa ini keperluan air masih mencukupi.

“Buat masa ini kita gunakan kolam yang ada di Kuala Selangor untuk bekalkan air mentah untuk diproses,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem E-Pelelong, di Ballroom Dewan Jubli Perak, di sini.

Sebelum ini, Menteri Besar, Dato’ Mohamed Azmin Ali berkata projek Mitigasi 2 dibina bagi mengelakkan krisis bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Projek itu membabitkan pembinaan dua loji rawatan air di Labuhan Dagang, Kuala Langat dan Semenyih 2 bagi menampung permintaan pihak industri dan pengguna domestik.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.