Categories
NASIONAL

Bantu rakyat Syria hadapi musim sejuk

SHAH ALAM 11 JAN : Malaysian Life Line for Syria dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia berangkat hari ini bagi menyempurnakan penghantaran bantuan kepada rakyat Syria.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Life Line for Syria, Syahrir Azfar Saleh, dalam kenyataan media berkata ia merupakan misi kali ketiga bagi musim sejuk seumpamanya dengan membawa dana bantuan hampir RM500,000.

Katanya ia adalah hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia dengan penglibatan seramai lima orang aktivis kemanusiaan.

Bantuan Syria“Sumbangan bantuan seperti kit keperluan musim sejuk, makanan dan susu bayi diagihkan kepada rakyat Syria yang berada di Aleppo, Idlib dan juga Hama terutama kepada mereka yang berada di khemah pelarian dalam negara di kawasan terbabit.

“MLLFS juga turut menyampaikan bantuan pendidikan dan perubatan di sekolah dan madrasah serta hospital lapangan yang dibuka MLLFS hasil sumbangan rakyat Malaysia dengan kerjasama NGO tempatan,” katanya.

Katanya, kemaskini dan maklumat lanjut mengenai misi kali ini boleh diakses melalui laman facebook Malaysia Life Line for Syria dan MLLFS berharap agar rakyat Malaysia dapat terus mendoakan keselamatan pasukan ini.

Sumbangan tabung kemanusiaan Syria masih berterusan dan ianya boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut : https://www.billplz.com/form/donateforsyria

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.