Categories
NASIONAL

BERSIH: Ke mana baki berjuta-juta dana RM2.6 bilion?

SHAH ALAM 27 JAN: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) terperanjat dengan pengumuman Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bebas dari sebarang salah laku rasuah dalam skandal pengubahan wang terbesar.

BERSIH dalam satu kenyataan media mempersoalkan jika RM2.03 bilion dipulangkan kepada penderma Arab, ke mana pergi baki berjuta-juta ringgit.

Najib-1MDBDimanakah duit itu dibelanjakan dan untuk kegunaan apa? Mungkinlah, wang ini digunakan untuk membeli PRU-13, seperti didakwa Wall Street Journal?

“Kenapa Tan Sri Gani Patail perlu dipecat daripada jawatan Peguam Negara jikalau RM2.03 bilion dipulangkan dan tiada salah laku?,” soal BERSIH.

BERSIH juga mempersoalkan Najib apabila tidak menyaman Wall Street Journal jika beliau tidak menyalahgunakan dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaunnya seperti yang dilaporkan WSJ.

“PAC digesa menjalankan siasatan secara terperinci dan bebas ke atas 1MDB supaya orang ramai diberikan jawapan sepatutnya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.