Categories
SELANGOR

DUN Bukit Gasing tawar tangkap tikus seekor RM3

OLEH: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 28 JAN: Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Adun Bukit Gasing, R.Rajiv menawarkan RM3.00 untuk seekor tikus bagi Kempen Hapus Tikus.

R.Rajiv berkata, kempen itu dijalankan berdasarkan aduan diterima orang ramai oleh pihak jabatan bagi mengurangkan kes tikus semakin berleluasa dan mewujudkan kesedaran tentang bahaya penyakit bawaan haiwan itu.

Rajiv“Setiap seekor tikus dihantar kepada pihak urus setia Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, kami membayar RM3.00 terus kepada mereka.

“Kempen ini terbuka kepada semua orang awam khususnya di kawasan pentadbiran MBPJ termasuk warga asing untuk turut serta,” katanya.

Rajiv berkata, kempen itu dijalankan selama dua bulan bermula 1 Februari hingga 31 Mac di dua lokasi terpilih iaitu di Pasar Jalan Othman, Seksyen 1 Oldtown dan Pasar Seksyen 17/1a Petaling Jaya.

“Waktu ditetapkan untuk penyerahan tikus adalah pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi di Pasar Jalan Othman dan di Pasar Seksyen 17/1A pada 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Semasa kempen dijalankan, pegawai dari pihak jabatan dan wakil dari DUN saya memantau aktiviti kempen itu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.