Categories
PBT SELANGOR

MDKS tawar ganjaran tangkap tikus, RM3 setiap ekor

SHAH ALAM, 5 FEB: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menawarkan ganjaran RM3 setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap di kawasan pentadbirannya.

Jurucakapnya berkata ganjaran tunai akan dibayar segera kepada individu yang berjaya menangkap tikus hidup atau mati yang mana waktu serahannya setiap Isnin hingga Jumaat.

“Langkah ini diambil bersempena kempen kawalan tikus yang akan dijalankan sehingga hujung tahun ini untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutama penularan penyakit Leptospirosis dan penyakit bawaan daripada tikus,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata orang awam khususnya pelanggan premis makanan perlu melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan itu jika melihat sikap kurang peka pemilik premis terhadap isu kebersihan.

“Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDKS di talian 03-3289 2235,” katanya.

Categories
PBT SELANGOR

MDKS bayar RM3 seekor tikus

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR, 8 APRIL: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan memberi ganjaran RM3 untuk setiap tikus yang berjaya ditangkap di kawasan itu.

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, bayaran tunai akan dibuat kepada penangkap yang berjaya, pada setiap Selasa dan Khamis.

Katanya, penangkap juga digalakkan untuk menghantar tikus berkenaan sama ada hidup atau mati kepada Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDKS.

“Langkah ini diambil bersempena kempen kawalan tikus yang akan dijalankan sehingga hujung tahun ini untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutama penularan penyakit Leptospirosis dan penyakit bawaan daripada tikus,” katanya dalam kenyataan.

Rahilah berkata, masalah pembiakan tikus dipandang serius apabila Kuala Selangor menjadi tumpuan pelancong terutama bagi pecinta makanan.

Katanya, oleh itu, orang awam khasnya pelanggan premis makanan perlu melaporkan kepada MDKS jika melihat sikap kurang peka pemilik premis terhadap isu kebersihan.

“Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDKS di talian 033289 2235,” katanya.

Categories
SELANGOR

Video tikus tular belum sahih berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 OGOS: Belum dapat disahihkan lagi sama ada benar video tular yang memaparkan seekor tikus sedang makan berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Memetik laporan The Malaysian Insight, Pengarah HTAR, Dr Ding Lay Ming bagaimanapun mendedahkan pihak hospital maklum berhubung penularan video itu.

Katanya, pihak hospital sudah mengarahkan kantin yang dikendalikan operator luar menghentikan operasi bagi kerja pembersihan.

tikus“Saya tak tahu dari mana ia (video) datang tetapi akan mengarahkan mereka (operator kantin) membersihkan kantin.

“Kami akan membuat rutin pembersihan kantin. Video ini, saya ambil peluang untuk memastikan operator membersihkan kantin dengan teliti,” katanya.

Dilaporkan, tempoh penutupan berkuatkuasa serta-merta sehingga kerja pembersihan premis selesai, pada 1 September ini.

Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan seekor tikus sedang makan di atas sekeping kobis, di kaunter makanan.

Kejadian didakwa dirakam di kantin HTAR, namun tidak dapat dipastikan waktu dan tempat video kejadian dirakam.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

7-Eleven Kelana Centre Point tiada infestasi tikus

SHAH ALAM, 7 JAN: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan sebarang infestasi tikus di kedai 7-Eleven di Kelana Centre Point, Petaling Jaya selepas pemeriksaan dijalankan.

Beliau berkata, pemeriksaan terbabit dilaksanakan ekoran kebimbangan orang ramai selepas gambar viral yang menunjukkan tikus memasuki mesin pemanas makanan di kedai serbaneka itu.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan sedar berkenaan kejadian itu dan menjalankan siasatan yang mendapati kabinet kaca seperti dalam gambar yang menjadi viral ditutup rapat sepenuhnya.

Dr_hisham“Kementerian memandang serius semua perkara berkaitan keselamatan makanan. Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan terdekat.

“Pengguna juga boleh layari laman sesawang kementerian atau facebook bagi mengakses Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan jika ada aduan berkenaan keselamatan makanan,” katanya dalam satu kenyataan lapor BERNAMA.

Gambar dimuat naik dalam laman Facebook itu menunjukkan seekor tikus berada di atas sosej dan bebola ikan dalam mesin pemanas makanan yang dilaporkan berlaku, pada 2 Januari lalu.

Beliau berkata, kementerian telah menjalankan 126,086 pemeriksaan di premis makanan dari Januari hingga November 2016.

“Hasil pemeriksaan mendapati 146 premis makanan ditutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana kehadiran tikus dan 91 kompaun mengikut Akta Makanan 1983 dikeluarkan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MBSA tawar tangkap tikus RM3 seekor hidup atau mati

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 APR: Penduduk Shah Alam berpeluang menerima ganjaran RM3 bagi seekor tikus ditangkap sama ada hidup atau mati.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata ia bersempena kempen ‘Satu Tikus Tiga Ringgit’ yang bermula dari 9 April sehingga 29 April ini.

MBSAKatanya, perangkap tikus disediakan MBSA dan boleh diambil di kaunter disediakan sepanjang kempen berlangsung.

“Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti setempat terhadap kepentingan mengamalkan kebersihan.

“Ia juga merupakan salah satu langkah mewujudkan persekitaran bersih serta memupuk sikap lebih bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat khususnya peniaga,” katanya dalam kenyataan.

Kaunter penyerahan tikus disediakan di tingkat bawah Plaza Sri Muda Seksyen 25 dan dibuka setiap Isnin hingga Jumaat sepanjang April dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.

tikusShahrin berkata, peniaga atau penduduk boleh menuntut ganjaran menangkap tikus di kaunter berkenaan.

“Selaras dengan matlamat meningkatkan amalan kebersihan dan mewujudkan persekitaran bersih, kempen ini dijalankan sebanyak tiga kali iaitu pada bulan April, Ogos dan Oktober 2016,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

DUN Bukit Gasing tawar tangkap tikus seekor RM3

OLEH: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 28 JAN: Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Adun Bukit Gasing, R.Rajiv menawarkan RM3.00 untuk seekor tikus bagi Kempen Hapus Tikus.

R.Rajiv berkata, kempen itu dijalankan berdasarkan aduan diterima orang ramai oleh pihak jabatan bagi mengurangkan kes tikus semakin berleluasa dan mewujudkan kesedaran tentang bahaya penyakit bawaan haiwan itu.

Rajiv“Setiap seekor tikus dihantar kepada pihak urus setia Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, kami membayar RM3.00 terus kepada mereka.

“Kempen ini terbuka kepada semua orang awam khususnya di kawasan pentadbiran MBPJ termasuk warga asing untuk turut serta,” katanya.

Rajiv berkata, kempen itu dijalankan selama dua bulan bermula 1 Februari hingga 31 Mac di dua lokasi terpilih iaitu di Pasar Jalan Othman, Seksyen 1 Oldtown dan Pasar Seksyen 17/1a Petaling Jaya.

“Waktu ditetapkan untuk penyerahan tikus adalah pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi di Pasar Jalan Othman dan di Pasar Seksyen 17/1A pada 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Semasa kempen dijalankan, pegawai dari pihak jabatan dan wakil dari DUN saya memantau aktiviti kempen itu,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

‘Mr Rat’ bendung tikus liar

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 17 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan kempen ‘Mr Rat’ minggu lalu bagi membendung penularan kes kencing tikus di negeri ini.

Datuk Bandar, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata kempen pembasmian tikus liar dibuat sekalipun tiada kes seumpama itu dilapor di daerah ini.

“Kes kencing tikus dilapor makin meningkat dan orang ramai bimbang penyakit itu merebak ke Petaling Jaya, apatah lagi ia boleh mengancam nyawa seseorang,

Mohd azizi mbpj“Minggu lalu MBPJ menjalankan serentak kempen Mr Rat selepas terima aduan banyak tikus berkeliaran di Seapark dan SS3,” katanya kepada Selangor Kini.

Turut membimbangkan, kata Mohd Azizi, kes denggi meningkat leboh 200 kes pada minggu ke-18 berbanding sekitar 100 kes pada minggu sebelumnya.

“Puncanya perubahan cuaca yang kerap hujan, air bertakung dan tidak dibersihkan menyebabkan kes denggi meningkat.

“Beberapa kawasan hotspot denggi dikenal pasti meningkat 17 kawasan berbanding sebelumnya hanya lapan kawasan,” katanya.

Beliau menyarankan orang ramai menjaga persekitaran tempat tinggal, selain mencari dan menghapus tempat pembiakan Aedes.

Categories
SELANGOR

PBT perlu kekang pembiakan tikus

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 27 MEI: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa berusaha keras mengekang pembiakan tikus liar bagi memastikan virus air kencing bawaan makhluk perosak itu diatasi secara berkesan.

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah berkata, operasi dan kawalan di peringkat PBT perlu kerap dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan warganya terjamin.

tikus sj“PBT perlu bertindak tegas dan tidak berkompromi kepada pesalah yang menjadi punca pembiakan tikus liar ini.

“Masyarakat juga perlu main peranan dengan memastikan kawasan persekitaran terpelihara dan selamat dari ancaman makhluk perosak ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata, masyarakat perlu menjaga alam sekitar dan memastikan sampah diurus dengan baik bagi mengelakkan virus berkenaan kerana boleh membawa maut.

“Virus ini sama bahaya dengan demam denggi. Jika antibodi seseorang itu tidak kuat, ia boleh membawa maut.

“Namun, di Selangor kes kencing tikus tidak seteruk denggi dan masih boleh dikawal,” katanya.

eanMengulas lanjut, Hian Wah berkata, mustahil untuk Selangor sifar tikus, namun usaha berterusan PBT mampu mengawal pembiakan makluk perosak itu demi memenuhi tanggungjawab dan ekspektasi pembayar cukai.

“Usaha sesetengah PBT memberi ganjaran wang untuk setiap tikus yang berjaya ditangkapadalah satu usaha yang baik dan wajar diikuti pihak lain.

“Sepatutnya operasi buru tikus yang giat dilaksana beberapa PBT sebelum ini wajar dipuji kerana mereka sudah laksanakan tanggungjawab bukan isu seberapa besar tikus yang ditangkap sehingga menjadi viral di laman sosial,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kerjasama ramai basmi tikus elak bawa wabak

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 MAC: Penduduk Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bekerjasama dengan Balai Polis SS 17 mengadakan kempen membasmi tikus yang semakin berleluasa.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DNS) Selangor, Hannah Yeoh, berkata kerjasama dari penduduk di Subang Jaya menggalakkan dengan penglibatan ramai.

P1010481“Di sini juga merupakan salah satu kawasan hotspot kes denggi akibat persekitarannya yang tidak dijaga seperti longkang tersumbat, padang terbiar, semak-samun dan banyak takungan air.

“Kira-kira 24 ekor tikus berjaya di tangkap, dan ini hanya baru satu deretan kedai di SS18 dan kempen ini akan terus dijalankan oleh penduduk setempat dari masa ke semasa,” kata beliau sewaktu kempen basmi tikus dan gotong-royong di SS18/1B, Subang Jaya.

Menurut beliau, kempen basmi tikus pada kali ini MPSJ merasakan tindakan kerjasama dengan penduduk setempat adalah lebih berkesan berbanding menawarkan ganjaran menangkap tikus kepada penduduk.

“Pemberian ganjaran tidak perlu sekiranya kerja-kerja pembersihan dilakukan setiap premis dan kerjasama dari penduduk setempat lebih menampakkan keberkesanan.

“Kalau dibuat berterusan pada setiap minggu, kita dapat lihat penurunan kes tikus yang dilaporkan.

Bagi mengatasi masalah ini, dinasihatkan orang ramai supaya prihatin dengan tahap kebersihan tidak kira di rumah, premis perniagaan atau semasa memilih tempat makan dan perlu memastikan peralatan seperti sudu, garpu, pinggan dan cawan dicuci sempurna.

“Kerana antara penyebab utama kes tikus ini semakin berleluasa adalah dari sisa-sisa makanan yang dibuang merata oleh premis yang tidak bertanggungjawab.

“Premis kedai makanan juga diberi amaran keras untuk sentiasa membersihkan di bahagian belakang kedai masing-masing yang menjadi salah satu punca pembiakannya tikus ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Tikus ‘sebesar’ kucing ditangkap dalam Ops Tikus

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 16 NOV : Tikus ‘sebesar’ kucing antara antara haiwan pembawa penyakit yang berjaya dikumpul penduduk sempena gotong-royong anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di kawasan komersil PJS9, Subang Jaya.

tikus besarOps Tikus yang diadakan di kawasan komersil PJS 9 Sunway bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 2 itu sebagai usaha mengurangkan populasi tikus dan mengatasi aduan berkaitan kekotoran disebabkan jangkitan penyakit bawaan tikus.

Menurut Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, Ops Tikus yang dijalankan hari ini di kawasan itu berjaya mengumpulkan sebanyak 44 ekor tikus.

Sebelum ini Ops Tikus turut dijalankan di kawasan komersil SS14, SS15, PJS 9, USJ 2 and Taipan.

“Pada tahun hadapan kita akan diadakan kawasan SS19/6,” kata Hannah.

Tahun lalu Ops Tikus DUN Subang berjaya mengumpulkan 571 ekor tikus bagi mengawal populasi haiwan itu daripada terus membiak dan memberikan ancaman kepada kesihatan masyarakat.

tikus sjProgram ini juga bertujuan memastikan persekitaran bersih dan selamat daripada penyakit bawaan tikus dan menggalakkan penglibatan orang awam supaya bekerjasama dengan pihak MPSJ dalam usaha mengurangkan populasi tikus sekali gus membanteras penyakit bawaan tikus.

Antara aktiviti yang dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut adalah dengan meletakkan umpan beracun di kawasan komersial tersebut pada waktu malam sebelum kutipan dibuat.

Susulan aktiviti tersebut adalah aktiviti gotong-royong bersama penduduk setempat dan komuniti perniagaan untuk mengutip bangkai tikus.

Program tersebut juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memastikan kawasan mereka bersih dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat terutama sisa-sisa makanan yang boleh menjadi sumber makanan kepada tikus.

Pelupusan sisa makanan yang tidak sempurna dikesan antara punca utama pembiakan tikus berlaku di kawasan itu.

Pembuangan secara haram sisa binaan dan perabot lama juga memburukkan lagi keadaan di lorong belakang kedai yang menjadi tempat persembunyian haiwan ini.